Tuesday 20 March 2012

~ RESEPI BERSAMA RIZURA ~ oreo cheesecake

OREO CHEESECAKE

Kek yg dibakar tgh2 malam..mmmmm yummy!!


SUMBER RESEPI : ILUVISLAM.COM

OREO CHEESECAKE

Bahan-bahan

  • 1 pek biskut oreo
  • 1/3 sb butter - cairkan
  • 3 pek krim cheese (8oz setiap satu)
  • 3/4c gula -nk kurang suka hati
  • 1sb krim masam
  • 1 tsp vanilla essence
  • 4 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo. Kemudian hancurkan kesemua baki biskut, buang krimnya.
  2. Masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yang telah di cairkan.
  3. Canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat lebih kurang 2 inci tebal.
  4. Putar krim cheese dan gula, speed medium sehingga sebati.
  5. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati.
  6. Tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. Putar sehingga sebati sahaja, elakkan 'overbeat'.
  7. Biskut yang telah diasingkan awal tadi hancurkan secara kasar dan tabur ke dalam adunan cheese.
  8. Gaul menggunakan spatula dengan perlahan.
  9. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.
  10. Bakar selama 55 minit atau sehingga set
  11. Apabila siap sejukkan dahulu di atas jaring dawai.
  12. Selepas itu sejukkan lagi di dalam peti sejuk selama paling kurang 4jam. Seeloknya dibiarkan semalaman di dalam peti.
Saiz hidangan : 16 - loyang 9"

Cadangan hidangan : Jika ingin mengelakkan permukaan kek jadi kuning,  lapik aluminium foil di atas kek pada 15 -20 minit terakhir.Hias ikut citarasa masing-masing. Menarik jika disusunkan biskut oreo di keliling kek bersama hiasan whipping cream.



Kek ni sgt sedap selepas disejukkan dlm peti ais..chill overnight and enjoy! Alhamdulillah 1st trial dulu terus jadi.. saya yg xberapa suka cheese pun dah terminat kat kek ni :) Saya pakai 2 bungkus oreo utk saya blend oreo tu jadi serbuk dan taburkan atas kek sbg garnishing mcm gambar di atas tu..Kek ni favourite husband saya juga yg sama mcm saya yg xberapa suka cheese sebelum ni.hehe..

No comments:

Post a Comment